Selasa, 29 November 2011

AWAS..

KEROSAKAN BUAH PINGGANG PUNCA MATI PUCUK

http://gambar.acaimalaysia.com/wp-content/uploads/2011/03/buah-pinggang-sakit.jpg

GEJALA bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang.

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.

Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)

# Ujian air kencing

# Sinar-X atau IVU

# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)

# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)

# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)

# Biopsi buah pinggang

Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:

# Tekanan darah

# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)

# Paras kolesterol dalam darah

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.

Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.

Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.

Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:

# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)

# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah

# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

Diagnosis barah Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait. Tanda dan simptom (kesan) Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan: Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon. Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai. Pencegahan dan pengesanan awal Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah. Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ). Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk: Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkalaPap smearPemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahunPemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphataseUjian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko) Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya. Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas. Biopsi Barah disyaki berpunca dari beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan perlu disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cebisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik. Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang-kala ini boleh dilakukan melalui tatacara ("prosedur") biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah telah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil. Jenis biopsi berganung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperti kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan pembedahan. Saringan Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah diadakan bagi mengesahkan diognasa. Saringan barah boleh memberikan diognasa awal. Diognasa awal mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan paya dara sendiri. Saringan melalui mammogram secara tetap mengesan tumur lebih awal daripada pemeriksaan sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara bersistematik kesemua wanita perengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan melalui ujian darah okkult najis dan kolonoskopi, yang mengurangkan kedua-dua kejadian barah kolon dan kemaian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan ujian lumuran Pap) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser. Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal. Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital (digital rectal exam) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA). Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ia tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi timbul apabila ia tidak jelas samaada kebaikan p], ujian PSA mungkin mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari rawatan seperti pembedahan atau radiasi. Prosedur lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah prostat (biopsi prostat) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin menimbulkan([incontinence) (kencing tidak puas) dan lemah tenaga batin (erectile dysfunction) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin). Samajuga, untuk barah payu daya, terdapat kritikan kini bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah awal. Barah pangkal rahim melalui ujian lumuran Pap mempunyai profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas (hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah untuk dilaksanakan. Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu prosedur dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk menjalani penyaringan barah. Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masalah yang sama. Terdapat risiko jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma - lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang berisiko.

Kanser

Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.